Jangan beralasan anda jahil/ angkuh
Pelbagai alasan diberikan untuk menolak hujah PAS, namun hati-hati dalam menolak sesuatu hujah kerana hujah yang ditolak Pastikan dulu kebenaran hujah tersebut. Gunakan disiplin ilmu secara berhemah untuk berhujah, jangan menolak sembrono, andai ada kebenaran dalam penghujahan PAS akui kebenarannya. Terdapat dua (2) golongan yang menolak parti PAS sebagai parti yang memperjuangkan kebenaran, pertama golongan jahil, golongan ini memang tidak mengerti atau tidak diberitahu atau tidak mencari kebenaran atau tidak difahamkan dan merupakan golongan yang dapat dimaafkan, namun satu golongan lagi ialah mereka yang angkuh, tahu akan kebenaran PAS namun menolak mentah-mentah demi keangkuhan atau ketakutan atau ketamakan atau kemewahan, keadaan golongan ini seperti kisah Firaun menolak ajakan Nabi Musa walaupun sahih dan yakin bahawa Tuhan nabi Musa benar seperti yang terjadi kepada ahli sihir ularnya yang akhirnya berpaling tadah dan mengakui akan kebenaran Nabi Musa. e
Kebenaran lawan kemewahan
Dalam rata-rata manusia mencari kemewahan, ada dicelahannya mencari kebenaran. Pilihan antara kemewahan dan kebenaran, ada antaranya dengan mudah menolak kebenaran kerana dijanjikan kemewahan. Kemewahan yang dijanjikan adalah bersifat sementara, manakala kebenaran walaupun pedih namun hakikatnya suatu kemanisan yang menggembirakan iman.
Barangsiapa mencari redho akan memperolehnya, barangsiapa mencari redho selain Allah (makhluknya) maka tunggulah azaB&ya. e
Perjuangan atau jihad
Mengapa seseorang muslim itu dituntut berjuang atau berjihad dalam hidupnya setiap saat. Jihad merupakan suatu pengorbanan yang perlu dilakukan oleh seseorang yang mengaku dirinya muslim sebagai tanda perhambaannya sebagai hamba Allah. Jihad dalam kontek yang kecil menjauhkan diri dari perkara maksiat, menghampirkan diri kepada jalan Allah, untuk skop yang lebih luas jihad memerlukan pengertian bahawa setiap insan muslim, tanahnya, hartanya, jiwanya, maruahnya perlu dipelihara. Nah, istilah jihad harus difahami bukan untuk menjaga maslahat yang kecil, malah seluruh bangsa dan agama yang bernaung dinegara Islam berasa selesa, aman dan selamat ketika dimana-mana dan pada bila-bila masapun. e
Disiplin Ilmu
Kaedah kita dalam mencari kebenaran ialah dengan membuat perbandingan kepada yang asas, perbandingan utama adalah membandingkan dasar yang dipegang oleh sesebuah parti, dasarnya mesti teguh selari dengan aqidah perjuangan yang dituntut syariat. Kader-kader yang menjadi tenaga penggerak parti tersebut terdiri dari mereka yang ampuh dalam berjuang, kekuatan utama bukan terletak pada ketua yang telah pergi, walaupun ketua berpaling tadah, jawatan tersebut masih wujud bagi meneruskan cita-cita dan perjuangan Rasullullah S.A.W. Dimana–mana negara yang mempunyai ramai orang Islam menubuhkan suatu parti Islam sebagai tuntutan Fardhu Ain/ kifayah? bagi melunaskan perjuangan yang ditinggalkan Rasullulah S.A.W. Tidak mungkin wujud 2 parti yang berbeza menuntut hal yang sama. Jadi dalam hal ini marilah kita menilai dengan neraca pertama kita sebagai orang Islam, tentu tuntutan pertama sesuai dengan Islam, dan perkara asas yang dituntut dalam Islam mesti dilunaskan terlebih dahulu. e
Tidak Cukup Kuasa
Alasan Pas tidak cukup kuasa untuk memerintah jika menang semua kerusi. Kepercayaan seharusnya diberikan oleh orang Melayu Islam, orang bukan Islam kepada PAS kerana PAS menawarkan Islam is the of Life (Gaya Hidup Islam) yang sempurna baik untuk semua kaum. Dengan pembinaan kepercayaan ini, InsyaAllah Parti ini kan tumbuh lebih besar dan dapat membentuk lalu mendirikan daulah Islam. Biar ramai Adun PAS dalam dewan Rakyat untuk menyuara hak-hak rakyat dari segenap penjuru perbincangan, agihan permasalahan akan dikongsi dikalangan adun yang ramai dan membawa usul untuk kesejahteraan rakyat. e
Cabaran
Sehingga PAS membentuk Daulah Islam, ketika itu cabaran dan kekuatan ini akan diganggu gugat oleh kuasa-kuasa besar. Pihak luar tidak akan senang dan kita lihat apa yang telah berlaku kepada Gerakan Acheh Merdeka (GAM), puak pemisah Islam di selatan Thai, perjuangan Islam Moro (MILF) di Filipina, FIS di Algeria, Hamas di Palestin. Walaupun sesetengah parti-parti ini telah memenangi pilihanraya, namun pelbagai sekatan dibuat untuk tidak membuatkan mereka terus berkuasa kerana tahun 1924 kerajaan Islam telah dilenyapkan buat terakhir kalinya di bumi Turki dan jaminan tidak akan wujud lagi kuasa yang memerintah bersandarkan doktrin Islam boleh terbina. e
Kesejahteraan rakyat
Keamanan atau kesejahteraan rakyat amat bernilai bagi rakyat yang merdeka. Apa makna kemerdekaan andai tiada keamanan? Keamanan bukan bermakna kita bebas melaksanakan segala tanpa batas, keamanan bermakna tiada kecelaruan dalam masyarakat, budaya maksiat tidak dikembang biakkan, akhlak masyarakat dinilaikan, budaya rakyat selaras peribadi Islam. ’Penyakit’ dikalangan rakyat seperti rasuah, dadah, remaja berpeleseran, kegiatan-kegiatan maksiat disembuhkan bagi mewujud masyarakat yang benar-benar sejahtera. Namun apa yang berlaku sebaliknya, pihak pemerintah menyogok pelbagai bentuk hiburan secara keterlaluan, ’penyakit’ masyarakat tidak ditangani sebaiknya malah semakin membarah dan menular ke segenap generasi. Tidak ada satu pembolehubah dari agenda parti pemerintah dapat menangani masalah sosial ini dan akan merosakkan cita-cita, wawasan dan ’khazanah’ berharga negara. Kita sibuk memelihara khazanah hutan, tetapi ’khazanah’ pewaris generasi akan datang dibiar rosak. Itulah yang berlaku tuding menuding pihak mana yang salah jika akhlak masyarakat rosak, puncanya adalah parti pemerintah menyediakan ruang seluasnya untuk segala bentuk hiburan tanpa had yang menggalakkan budaya maksiat dikalangan belia dan bentuk hukuman yang dikenakan tidak sejajar dengan prinsip Islam. Akhirnya dituding kepada masyarakat kerana tidak bijak memimpin keluarga, sedangkan luar bidang kuasa ketua keluarga untuk mengawal gerak geri ahlinya setiap masa. e
Pembangunan
Bukan semua kerajaan dunia diperintah oleh sebuah parti, kebahagiaan juga bukan disukat tinggi rendah matawang, cth makan di India lebih murah dari makan di Australia. Tamadun, Peradaban, Kenegaraan bukan berdasarkan bangunan pencakar langit (tidak ubah penilaian kemodenan seperti Firaun, bezanya Firaun piramid sebagai tempat tinggalnya masa mati) tetapi keupayaan pemerintah mempertahankan kedaulatan ( maruah bangsa, nyawa dan hartabenda) seperti ditekankan oleh agama Islam. e
Globalisasi
Penjajahan ekonomi, politik dan sosial dalam bentuk baru, New World Order.
Berkat hasil laqo
Hasil cukai judi seluruh negara terutama Genting, arak, rokok, pusat hiburan. Itulah, walau kakitangan kerajaan berusaha untuk mendapatkan rezeki yang berkat, namun hasil negara yang dibayar kepada kakitangan awam hasil dari perbuatan maksiat, maka hasilnya anak-anak yang pelbagai bentuk diadun, ada yang jadi mat rempit, mat gian dan berbagai. (selemah2 iman) e
Wawasan 2020 yang akan gagal
Perkara 1,4 dan 7 dalam Cabaran Utama Wawasan 2020 akan gagal dicapai untuk memastikan moral/ akhlak masyarakat untuk berada pada tahap tertinggi. Hanya tinggal 13 tahun, namun kegagalan sistem yang digaris kerajaan gagal berfungsi sepenuhnya bila sistem dicerobohi dengan angka statistik menunjukkan nilai moral dikalangan masyarakat kian merudum. Rasuah, penagihan dadah masih tidak selesai hingga kini, pelbagai ’obat’ telah digunakan, selagi ’roh’ Islam tidak berada dalam ruang lingkup masyarakat, jangan haraplah gejala moral akan terus dikekang. e
Apakah wawasan tertinggi Islam Hadhari?
Adakah Umnu memperjuangkan Islam yang syumul? Bila? Dimana? Adakah negeri yang sudah di’pilot’kan? Adakah Islam hanya sekadar nama Bangunan Islam, Universiti Islam dan pelbagai nama yang digantung Islam padanya. Jika hidup tiada matlamat untuk melaksanakan Islam secara syumul umpama jasad tanpa roh (mayat). e
Alasan Elak Hudud
Pelbagai alasan diberikan untuk tidak melaksanakan hudud seperti zalim (bagaimana ISA?), sukar mencari saksi (cth zina, perlu disedia 4 saksi), dimanakah semangat Malaysia Boleh? Cth zina: pesalah adalah merupakan seseorang yang benar-benar keras kepala (samseng), semua diredah tidak mengira masa dan tempat. Itulah tujuannya. Alasan yang diberikan Umnu telah melaksanakan hukuman berat yang telah diturunkan tingkatnya kepada takzir . Benarkah? Ingat, selagi ia tidak memenuhi ruh Islam, selagi itu masyarakat tidak dapat mengambil ikhtibar. Hukuman ehsan seperti takzir dalam kes-kes hudud adalah bertentangan dengan keperluan hukum itu sendiri, ianya bukan sifat mengajarkan tetapi lebih sifat menghukum. Begitu kita berdepan dengan anak 7 tahun yang tidak sembahyang diberi nasihat supaya sembahyang, itu bentuk pengajaran, apabila dia tidak sembahyang dalam peringkat umurnya 10 tahun, wajib dirotan, ini merupakan implikasi hukuman sebagi pengajaran kepada sipembuat. Begitu juga dalam hal hudud, hudud tidak zalim boleh dibuktikan melalui contoh kes kecurian semasa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, belaku kes kecurian, pencuri tidak dipotong tangannya kerana kejadian berlaku di waktu darurat. Zaman Rasullulah, seorang wanita mengandung hasil zina bertemu nabi untuk dilaksanakan hukuman, Rasullullah menasihatkan supaya wanita tersebut bersalin dan berehat terlebih dahulu sebelum hukuman dilaksanakan. e
Apa matlamat BTN?
BTN adakah seperti Firaun memaksa Masyitah dan isterinya untuk menerima kehendak hatinya dengan menyatakan bahawa dia tuhan? Pertama, apa matlamat BTN diwujudkan? Andai untuk tujuan memahamkan masyarakat peri pentingnya keamanan, fahamkan dengan cara yang tidak mengganggu sentimen parti lain @ bangsa lain kerana kakitangan kerajaan datang dari pelbagai perspektif latarbelakang politik. BTN hanya boleh menjadi lidah rasmi kerajaan, bukan parti pemerintah. e
Perpaduan orang Melayu
Perpaduan orang Melayu, adakah itu jalan terakhir? Adakah bersatunya Melayu dibawah B& mengekalkan keamanan kepada masyarakat?
KenalPasti antara Parti Pemerintah dan Kerajaan
Parti pemerintah (B&) membentuk garis dasar untuk kerajaan, namun kerajaan bukanlah Parti memerintah. Selagi mana garis dasar tidak berlawanan dengan syariat Ilahi, kakitangan kerajaan wajar mematuhi. Begitu juga pematuhan kepada ibubapa, selagi arahan mereka tidak mengingkari suruhan Allah, selagi itu wajar ditaati. (selemah2 iman)
Mari bersama
Ibarat bidalan Melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Begitulah kita kembali semula ke jalan yang diredoi Allah, barangsiapa yang mencari keredhoan Allah akan menemuinya, barangsiapa mencari keredhoan selain Allah (manusia dan lain) tunggulah azaB&ya. Kembalilah rakan-rakan dalam Umnu dan lain-lain parti kita bersatu dalam PAS bagi membina Islam yang cemerlang, PAS bukan memperjudikan bangsa tetapi PAS memperhebatkan bangsa dengan acuan yang telah disediakan oleh Pencipta kita yang sebenar, seandai kita buang acuan ini bererti tiada acuan yang dapat terus membentuk kita menuju kesempurnaan, kesempurnaan hanya dan hanya ada pada pelaksanaan Islam secara keseluruhan. Dengan adanya wawasan, impian, matlamat, visi dan misi bergerak kearah pelaksanaan Islam secara syumul walaupun perlahan, InsyaAllah itu akan dikabulkan andai kita terus istiqamah dan bersungguh-sungguh.
Quran dan Sunnah.
Pesan Rasullullah S.A.W, gigitlah panji Islam ini dengan gigi gerahammu. Hadis: Maksudnya Al-Quran dan As-Sunnah tidak dan tidak boleh diperlekehkan oleh umat Islam dan umat lain. Ini adalah panji yang Maha Agong, supreme, teratas tiada yang teratas darinya. Dalil:
Penolakan terhadap perincian didalamnya boleh menggelincirkan seseorang dari keimanan. Dalil:
Al-Quran hanya menjelaskan jalannya yang terang, andai ada ilmuan yang mengaburkan / memesongkan jalan ini, laknat Allah Pasti datang. Dalil:Dalam hal ini ilmuan digalak menyebar ilmu yang hak, hentikan penyebaran ilmu yang batil. Wahai para ilmuan, pilih satu antara kebenaran dan kemewahan, mana yang lebih bernilai? Andai pilihanmu kebenaran itulah tanda kebijaksanaan, andai kemewahan itulah tanda keangkuhan. Dalil: Ilmu telah diberi namun terus didustakan. Barangsiapa mencari redho Allah, InsyaAllah akan memperolehnya, Barangsiapa mencari redho selain Allah tunggulah azaB&ya.
DEB yang gagal
18% sahaja dicapai sehingga tahun 2007. Matlamat hampir 40 % mungkin impian kosong. Kegagalan DEB dalam tempoh 30 tahun amat mendukacitakan. Apakah peranan yang dimainkan oleh Umnu untuk membela bangsanya selama 50 tahun ini, semuanya hanya menemui kegagalan. Umnu hanya dilihat lebih banyak berParti dari memberi khidmat dan layanan kepada rakyat, sungguh tidak dinafikan ada pembangunan yang dilaksanakan, itu adalah keperluan mana-mana parti pemerintah menyediakan prasarana sebagai kerajaan yang dipilih. Mengapa hampir pilihanraya semua rakyat dikelabui dengan ’benda-benda’ material yang boleh menjejaskan ’keimanan’ seseorang menjelang pilihanraya seperti pemberian kain pelekat, batik, jalan diperbaiki, bantuan dihulur semuanya seolah dirancang bila pilihanraya hampir menjelma dan dengan menyatakan hanya dengan B& negara ini maju, lihat B& yang bina jalan, bangunan, sedangkan semua itu adalah wang rakyat. Namun sogokan pembangunan kepada rakyat untuk terus berkuasa amat memualkan. Pembangunan modal insan bangsa Islam jauh ketinggalan dari bangsa lain dibawah kuasa Umnu, menyedihkan, inikah yang dinamakan pejuang bangsa, apa yang jelas kelihatan politik wang. Ya, jelas sekarang parti Umnu yang memerintah tidak memegang 2 tali ini, Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan kerana dasar Umnu jauh terpesong dari landasan yang disyariatkan Allah, dan ini menjejaskan keimanan pengikutnya.
Pilihanraya 2008 jelas memberi impak yang besar kpd Umno, dulu orang kampung ya susah dan masih terhutang budi, ya benar orang kampung dulu undi boleh dibeli dengan kain batik @ RM50.00, kini suasana berubah, anak2 mereka kebanyakan sudah bekerja, faham erti rasuah/ dosa/ pahala/ integriti diserapkan dalam keluarga tidak seperti dulu menyokong membabi buta, anak mereka telah celik fikiran, ilmu ada pada mereka untuk membuat pertimbangan baik dan buruk, mungkin sahaja mereka beralih untuk tujuan ’hipotesis’ mereka untuk menguji kekuatan, kuatnya @ tidaknya jalinan, gerak kerja ikatan PR ini. e
Islam memimpin bukan dipimpin
Islam merupakan satu agama yang dibentuk oleh Allah S.W.T sejak awal kejadian manusia. Ia akhirnya diperlengkap dan diperkemaskan melalui Rasullullah S.A.W melalui wahyu dan sunnah Rasullullah S.A.W. Ia merupakan agama yang sempurna kepada kehidupan manusia kerana ia diciptakan bersesuian dengan ciptaannya, manusia. Memilih sesuatu yang lain sebagai pimpinan merupakan satu pemesongan yang nyata, tambahlagi pemesongan oleh penganutnya sendiri. Islam menyediakan jalan yang sempurna untuk memimpin ummah dan bukan Islam itu dipimpin. Bila Islam dipimpin bererti teras Islam tidak digunakan, bila tiangnya kaca mudahlah retak dan akhirnya patah.
Allah tuhan kepada agama Islam bukan bangsa Melayu sahaja.
Umnu Kapitalis Berpemikiran barat
Cita-cita Umnu ingin terus berkuasa hingga kiamat. Umnu percaya tiada parti yang dapat menandinginya menunjangi negara ini. Umnu akan terus berusaha dengan berbagai strategi secara baik atau kotor untuk terus menyaingi parti yang hampir rapat dengannya dengan aliran pemikiran yang hampir sama walau matlamat berbeza demi memuaskan nafsunya untuk terus mencengkam kuasa. Umnu terus menjanjikan janji-janji manis berunsur material kepada rakyat jelata dan terus menghilang arahkan masyarakat dengan hiburan dari pelbagai jenis sumber. e
Umnu akan pupus seperti pupusnya dinasour
Ideologi kebanggaan Umnu tidak akan diterima oleh rakyat yang celik fikirannya, lagi ramai manusia bijak akan celik akalnya dan dipandu wahyu Ilahi, InsyaAllah ideologi Umnu dan kebangsaan tidak akan dapat bertahan, lambat laun akan goyah, layu dan rebah ke bumi, berkemungkinan besar pupus seperti pupusnya dinasour jutaan tahun dulu. Mungkin yang tinggal hanya fosil-fosil atau tulang-tulangnya, kalau dijumpai DNAnya sekalipun, masyarakat celik tidak akan menghidupkannya kembali kerana kerana ia pernah membawa kerosakan kepada masyarakat, seperti dinosor karnivor membawa bencana kepada dinosor herbivor, lebih kejam kerana Umnu membawa bencana kepada bangsa, agama dan negara, lebih jelik dari T-rex.
Siapa yang menimbulkan kekecohan dan huru hara?
Setiap perkara salah yang berlaku mesti mempunyai bukti lengkap dan sahih serta saksi yang jujur. Selama PAS ditubuhkan PAS dihadap dengan berbagai fitnah namun dihadapi dengan pengakhiran yang baik. Belum ada bukti-bukti yang benar-benar menunjukkan PAS dipihak yang salah. Mungkin ini sebagai tanda sebuah parti yang mendapat lindungan Allah, tetapi parti yang selalu memfitnah PAS ini selalu berhadapan dengan berbagai masalah luar dan dalam, skandal, konspirasi dan pernah satu ketika hampir ranap. Tetapi setiap perkara yang buruk selalunya ditudingkan kepada PAS ini menandakan PAS merupakan saingan yang cukup mengancam atau pesaing hebat untuk parti pemerintah. Adapun kesalahan yang di hadapkan kepada PAS kosong dan antaranya melalui hukuman zalim seperti ISA, hukuman tanpa dibuktikan kesalahan.
Sumbangan Umnu kepada orang Melayu
Berapa banyak langkah yang diambil untuk memartabatkan bangsa Melayu, kita hargai usaha menubuhkan Felda, Risda dan sebagainya, namun aset kegunaan ramai dan orang Melayu sendiri tiada contoh dewan serbaguna untuk setiap kawasan yang menjadi kepunyaan melayu diguna untuk tujuan aktiviti sosial tiada, kita terpaksa menumpang milik kepunyaan bangsa lain.
Lain-lain tajuk
Memadai
Umnu hanya memadai berasa bahawa Negara Islam yang dibentuk ini dipegang oleh orang Islam dan orang Islam dapat mengerjakan hukum Islam yang 5. Ini acap kali ditegaskan oleh ustaz-ustaz dari Umnu. Hakikatnya jihad ini memerlukan satu erti pengorbanan untuk mendirikan sebuah negara Islam.
Ketidaktelusan Pilihanraya
Adanya nombor indek di kertas undian. Pengundi hantu. Serangan/ fitnah media.
Umnu tiada keyakinan dengan Islam
Beberapa pendapat, pandangan mufti diperlekehkan. Perundangan Islam dipermainkan dalam media.
Allah tidak menurunkan bangsa melainkan saling mengenali bukan berpecah, Umnu yang memulakan perpecahan, bangsa lain tak puas hati.
Kolobrasi
Sebuah parti Islam mesti memegang prinsip-prinsip dan dasar-dasarnya dengan kukuh tanpa sebarang kompromi dengan pihak luar atau dalam dalam mengubah atau menggubal atau melanggar dasarnya yang Maha Agong tersebut. Sebarang usaha kolabrasi atau kerjasama dengan lain-lain parti atau pertubuhan tanpa menggadaikan prinsip dasar parti.
Parti-parti yang bersetuju bekerjasama dengan parti islam seharusnya menerima prinsip perjuangan islam untuk menegakkan sebuah negara islam. Bekerjasama dalam hal-hal kemanusiaan, adalah digalakkan untuk terlibat sama.
Sistem nilai, Kenyataannya @ realiti pembangunan, duit Petronas
Mengapa menentang Um, Um is No
Berjalanlah atas kebenaran, bukan kesesatan, carilah redho Allah
Tolak Ansur
Dengan perkembangan politik kini, nampaknya rakyat berpihak kepada PR, namun kecantikkan sebuah arca perlu dibersih, digilap dan dikilatkan setiap masa. PR menguasai kebanyakan negeri di Malaysia iaitu sebuah negara berbilang bangsa, wajar PR mewujud perjanjian yang menunjukkan toleransi antara kaum wujud dalam masyarakat di sini. Tolak ansur ini harus bertitik tolak kepada situasi menang-menang seperti pernah berlaku ketika zaman Rasullullah melalui perjanjian Hudaibiyah, kelihatan tidak berpihak kepada Islam, namun kesannya begitu mendalam dan mempunyai nilai sentimental tersendiri.. ’ malu alah’, kita dah bertolak ansur, jadi kamupun perlu bertolak ansur.
Wednesday, April 15, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)