1. NEGARA ISLAM - Umnu tidak bercita-cita untuk mendirikan sebuah Negara Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah. Ciri asas Negara Islam ialah dimana
i) Rakyat tidak kebuluran, hakikatnya rancangan ‘Bersamamu’ TV3 menonjolkan ramai rakyat yang kebuluran walau di negeri B& memerintah, ada dari warga TV3 makan siput babi ? Ada orang Kelantan makan siput babi ?
ii) Aman, realitinya anak/ saudara terpaksa ditemani kemana-mana, kejadian rompak/ ragut/ bunuh/ rogol/ dadah/ buang anak, kadar jenayah meningkat setiap tahun– rujuk statistic, tunggu.. nanti anda/ saudara/ anak/ isteri/ ibu anda pula jadi mangsa.. mangsanya lihat kini di kampong/ Bandar, kabel telefon, letrik dicuri, akibatnya Negara kerugian besar disebabkan dasar kerajaanlah.. akan datang tak tahulah apa lagi, asal ada barang jadi duit, itu masyarakat yang dibentuk Umnu. Rujuk slot ‘360’ TV3 sosial remaja makin runtuh, namun dekat pilihanraya, rancangan ni bodek kerajaan lebih.. Tv3, tunjukkan hakikat bahawa kerajaan B& gagal, apa nak ditakutkan?
iii) Pemimpin Islam – Pak Lah, zahir tidak tulen Islamnya, keluarganya tidak dipimpin menutup aurat (padanya soal aurat tidak wajibkah?) @ Islam Hadhari bebas berpakaiankah? Bagaimana mahu memimpin rakyat kalau begini rupanya. Ulama setaraf datuknya digam akibat tegur pemerintah. Tiada cita-cita menjadikan Islam satunya jalan cara hidup, memandailah rakyatnya makan, ia merupakan sebahagian dari doktrin Karl Mark (asas prinsip komunis), agama tidak boleh diberi tempat dalam semua aspek kehidupan kecuali ritual (ibadat) sahaja.
Kalau ada negeri yang di’pilot’kan sebagai negeri ISLAM oleh B&, amankah negeri tersebut?
ASOBIYAH/ Kebangsaan/ Nasionalisme – Umnu memperjuangkan semangat Melayu sebagai asas, hakikatnya Islam perlu diutamakan. Asobiyah adalah luar dari tuntutan Islam. Pas keluar dari Perikatan adalah disebabkan tiada arah Umnu kepada Islam. Rasulullah pun menolak asobiyah.
2. BATIL – Umnu berada di pihak batil, ia tidak berjuang untuk mendaulat Al-Quran dan Sunnah sebagai acuan membentuk manusia ukhrawi (insan kamil). PAS memperjuangkan haq, sesuatu yang dituntut Islam untuk ditegakkan. Acuan manusia sesuai Al-Quran dan Sunnah sahaja, asal ada iman jadi taqwa.
3. FAKTA – memang undang-undang perlembagaan perlu dihormati jika itu FAKTA, hakikatnya mana satu lebih FAKTA, Al-Quran & As-Sunnah kah atau undang- undang ciptaan manusia ? Ini merupakan sebahagian skema Biro Tate Negara (BTN–buatan Umnu), hakikatnya cari redho Allah adalah jalan yang terbaik. Percaya hanya kepada undang2 buatan manusia boleh keluar dari aqidah !!
4. JAMINAN - Umnu memperalatkan bangsanya untuk terus berkuasa dan mengaut ’harta’ negara dan diagih kepada kroninya. Masa depan kawasan Umnu akan berkurang, adakah ehsan dari kroni yang lain? Atau jadi kita seperti Melayu Singapura, tidak lagi berkuasa dan ketuanan Islam/ Melayu lebur.
5. JANGAN BERALASAN – gunakan disiplin ilmu menolak PAS, PAS memperjuangkan tuntutan agama bukan sekadar kegunaan di masjid malah untuk kenegaraan. Bukan ISLAM diperintah, ISLAM yang memerintah.
6. PEMBANGUNAN – Pas tidak menolak pembangunan, namun pembangunan material semata-mata tidak membawa banyak makna. Banyak tamadun runtuh disebabkan isi moralnya jatuh.
7. BERKAT HASIL LAQO – Pusat Judi Genting Highland, pusat pelacuran terkenal di Kuala Lumpur Lorong Haji Taib, pusat pelacuran di setiap negeri, mana kesudahannya setelah 50 tahun merdeka? Tempat Pak Lah Bukit Mertajam salah satunya Hotel GP. Bagaimana anda @ ahli keluarga anda ditempat mereka?
8. WAWASAN 2020 YANG AKAN GAGAL – wawasan adalah sesuatu misi yang ingin dicapai, nampaknya perkara 1, 4 dan 7 dalam cabaran Wawasan 2020 iaitu isu moral masyarakat kian membarah, asyik-asyik mak bapak yang disalahkan, mana tugas Umnu sebagai bapak pemerintah?
9. APAKAH WAWASAN TERTINGGI ISLAM HADHARI? – apakah dengan bangunan yang hanya diletakkan kenyataan Islam dinamakan sebagai BANGUNAN ISLAM, jika begitu jamban yang diletakkan kenyataan Islam dinamakan JAMBAN ISLAM, memadaikah ?
10. PERPADUAN – hanya dengan UMNU sahajakah kita boleh berpadu? Lihat Kelantan aman & bersatu, ada gaduh-gaduh?
11. BEZA PARTI PEMERINTAH DAN KERAJAAN – Parti pemerintah tidak boleh menggunakan prasarana/ medium/ peralatan/ kenderaan kerajaan (hak rakyat) untuk tujuan kempen.
12. MEDIA BERAT SEBELAH – mula dari media cetak hingga media siar RTM1 hingga TV9, mana media untuk pembangkang? Adilkah rakyat terima berita dah ‘basi’ dari Barisan Alternatif ?
13. AL-QURAN DAN AS-SUNNAH – hadis nabi “ Gigitkan keduanya dengan gigi gerahammu”, tiada undang- undang bersumber dari kedua ini yang lebih agong (supreme), satu dan hanya satu, ini sahaja.
14. DEB YANG GAGAL – Dasar Ekonomi Baru (DEB) mahu melihat Melayu menguasai ekonomi 40%, namun hanya 18% dicapai, nyata Umnu gagal membela bangsanya selama 50 tahun ini, bagaimana 50 tahun akan datang?
15. UMNU KAPITALIS BERPEMIKIRAN BARAT – Umnu mahu terus berkuasa walau apa cara, keadaannya seperti sistem kapitalis barat. Menggunakan pendekatan yang hampir sama namun tidak serupa, PAS mahu buat Islam, Umnu buat Islam Hadhari, begitulah Umnu kapitalis. Sanggup buat apa saja unt. terus berkuasa, peristiwa menjelang pilihanraya 1990, Tengku Razali yang memakai tanjak seakan cross dimain dimedia menyebabkan Semangat 46 rebah. Begitu jahat mainan politik B&.
16. UMNU akan pupus – Sistem kapitalis Umnu akan buat ia mereput lebih awal dan akhirnya pupus, perebutan kuasa, rasuah, skandal terdedah sedikit demi sedikit dan akhirnya rakyat akan sedar @ Negara sudah parah ?
17. RAKYAT DIGULAKAN – rakyat dilalaikan dengan hiburan, rakyat susah dibiar susah berterusan agar mereka terus dipanggil pembela rakyat.
18. SISTEM EKONOMI – ekonomi berasaskan Islam tidak rancak, asas riba wujud dimana-mana.
19. PENDIDIKAN CELARU – dasar pendidikan Negara kucar-kacir, tiada agenda yang jelas untuk 20 tahun akan datang, pembentukan generasi akan datang tidak jelas bentuk dan coraknya.
20. NEGARA SEKULAR (Memisahkan agama dari politik) – Umnu umpama penjajah membunuh semua ulama yang menuntut kemerdekaan, Zaman Kamal Ataturk di Turki, azan dialih bahasakan, di sini ULAMA’ Di ‘GAM’ dan diBISUkan ( sama seperti ‘bunuh’ suara ulama) – teguran dari ulamak digam, mana pergi Ustaz Harun Din dan ulama lain dikaca TV ?
21. MAKSIAT – Umnu sentiasa mahu kemungkaran disisinyauntuk kekalkan orang-orang yang ‘sesat’ terus menyokongnya.
22. HUKUM ALLAH – sebab apa dituntut ? tak lain tak bukan sebab ia sesuai dengan manusia, jaga hak, maruah, harta. Ianya untuk maslahat umum/ semua. Kamu percaya kejadian manusia dibukti melalui kalam Allah namun kamu menolak hukum yang terdapat didalam kitab yang sama. Bagaimana status keimanan kamu kepada Allah, kamu meragui malah memperlekehkanNya?
23. KEBENARAN LAWAN KEMEWAHAN – mana satu paling dituntut agama, kebenaran atau kemewahan ? Jangan buta hati walau buta mata. Jangan sembunyikan kebenaran walau kebenaran itu pahit, kelak kita dituntutNya..
24. REZAB MELAYU – habis tanah rezab Melayu didagangkan dan ditukar dengan tanah ‘hutan’ yang tiada nilai.
25. EKUITI – berapa sangat ekuiti orang Islam / Melayu.
26. PEMERINTAHAN ISLAM & KHALIFAH – apa pentingnya? Islam tiada kekuatan diseluruh dunia disebabkan inilah, Palestin yang kecil itupun tak boleh dipertahankan, dengar suara anjing menyalak bukit saja.
27. BEZA PEMBANGUNAN & KEPERLUAN – memanglah Kuala Lumpur perlu jalan besar dan lebar kerana kenderaan banyak, logik la, memang pembangunan kampong diperlukan sebab dah 50 tahun merdeka, tak faham- faham, itu memang tanggungjawab pemerintah, bah.
28. IKHLAS – Umnu tak ikhlas membangunkan Negara ini, setiap projek dinamakan projek B&, sedangkan itu duit rakyat.
29. DINASTI – beberapa dinasti telah dibentuk dari TPM& Ketua Pemuda Umnu, Pak Lah& menantu, Dr. Mahathir& anak dll.
30. TERIMA KASIH KERAJAAN B& – bukan B& bikin aman dunia ini, terima kasihlah pada Allah dibikin manusia dengan akal sempurna dibukti melalui Al-Quran, tentulah Al-Quran ada penawar kepada manusia tentang masalah manusia.
31. Parti yang menang tubuh kerajaan. Kerajaan itu terhutang budi (beholden) kepada pengundi/rakyat. Bukan sebaliknya.
32. Atas (dasar) kontrak itu, rakyat bayar bermacam cukai, hasil, tarif dan tol kepada kerajaan. Rakyat jelata juga menanggung hutang yang diambil oleh kerajaan. Sekali lagi kerajaan terhutang budi dan beholden kepada rakyat. Bukan rakyat terhutang budi atau beholden kepada rakyat (sic) (kerajaan?).
33. Kerajaan pungut cukai, hasil, tarif dan tol. Kerajaan belanja untuk dirinya - macam belanja lebih RM16 juta untuk renovate Seri Perdana oleh Pak Lah dan Endon/Jeanne - bayar gaji menteri dan kakitangan awam. Bayar hutang Negara.
34. Untuk pembangunan kerajaan berhutang dari dalam dan luar negeri. Rakyat yang tanggung hutang itu generasi demi generasi.
35. Subsidi dan bantuan bukan dari duit kerajaan. Ia dari cukai, hasil, tarif dan tol yang rakyat bayar.
36. Subsidi/bantuan tanam semula getah dan kepada sawit datang dari cukai cess getah dan minyak kelapa sawit.
37. Subsidi padi datang dari pengguna yang beli beras. Kerajaan beri francais kepada Bernas. Bernas import beras mutu tinggi yang murah dari luar negeri dan campur dengan beras mutu rendah yang mahal dari dalam negeri. Bernas campur kedua-dua beras ini dan jual pada harga yang lebih tinggi dari harga di Pasaran dunia. Bernas ambil sikit untung dan bagi bakinya kepada kerajaan untuk diagihkan kepada penanam padi. Jadi yang bagi subsidi padi bukan kerajaan tapi kita yang makan nasi.
38. Jadi yang kita mahu adalah kerajaan yang cekap, yang amanah dan telus. Kita yang bayar untuk biayai kerajaan dan pentadbiran negara, bukan kerajaan.
39. Subsidi petrol itu juga bukan duit kerajaan tapi duit Petronas yang kita semua miliki sebagai rakyat jelata, pengundi dan pembayar cukai. Tiada pengundi, tiada kerajaan. Kerajaan yang wajib berterima kasih kepada kita, BUKAN KITA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN.
40. RENAISANCE BANGSAKU – mengembalikan sains yang ditolak pemimpin Kristian merupakan zaman kebangkitan bangsa Eropah, mengembalikan Islam kepada peranannya sebagai Pasak kehidupan merupakan peranan setiap umatnya, INGAT! Islam yang memuliakan Melayu , bukan Melayu yang memuliakan Islam, dan dengan datangnya Islam ke Tanah Melayu, beberapa tembok keimanan yang asal telah runtuh.
41. DOSA BESAR – Pak Lah membiarkan pelacur membuat dosa besar setiap hari dengan berzina, Islam Hadhari kah itu? Jelas beb semua negeri ada pusat zina ini, tanyalah pada anak muda, polis pun tak boleh buat apa, sebab undang-undang tak jelas, hal seperti ini salah polis dan masyarakat ke?
42. BANTUAN DISEKAT –Bagaimana Kelantan nak maju, agihan bantuan sentiasa disekat oleh kerajaan pusat, kerajaan Kelantan bawah pimpinan PAS dianaktirikan.
43. RUKUN IMAN - Salah satunya beriman kepada kitab Allah, Al-Quran. Beriman bahawa Al-Quran iaitu mukjizat terakhir dari Allah kepada manusia. Mempercayai sebahagian daripadanya bererti memesongkan diri dari Allah. Hudud sebahagian dari Al-Quran, ia bertujuan untuk menjaga maslahat umum dan ianya dituntut dilaksanakan dalam pemerintahan Islam sebagai hukuman yang sesuai untuk manusia selari dengan kehendak Allah Taala.
44. KEMAJUAN – kemajuan satu2 negara bergantung atas kondisi polisi pemerintah dan kebersamaan rakyat untuk memajukan Negara, ia merupakan 2 gabungan yang saling memerlukan, tidak kisah mana-mana parti tetapi yang penting ialah polisi tentang mendaulahkan Negara mengikut prinsip Islam mesti jelas, ada tumpuan dan halatuju kearah tersebut, tidak boleh ada makar/ onar disampingnya.
45. Manifesto B& – SELAMAT apabila jenayah meningkat, AMAN apabila kebebasan suara disekat, MAKMUR apabila rakyat derita sengsara sebaliknya YB B& MAKMUR dgn projek penuh dipoket.
46. AKTA YANG ZALIM – memprotes kerajaan bererti berhadapan hukuman yang zalim, tiada had tempoh penahanan ditetapkan, hukuman tanpa perbicaraan, melanggar hak asasi kemanusiaan, hukuman bersifat kebinatangan (dikurung tanpa dapat berhubungan dengan dunia luar), telah sampai masanya hukuman seperti ini dimansuhkan, dan Islam Hadhari patut menunjukkan contoh yang baik kepada agama Islam.
47. SERUAN KPD ISLAM – Islam adalah agama yang terbaik, satu-satunya agama yang mencakupi segala aspek kehidupan. KitaB&ya Al-Quran membuktikan kejadian manusia, bukti sains dan keperluan hidup sejak 1400 tahun sebelum ilmu sains sendiri belum ‘hidup’. (Rujuk web di atas). B& khususnya Umnu tidak pernah mengambil Islam sebagai jalan yang terbaik membimbing umat & rakyat untuk melaksanakan Islam sepenuhnya sesuai dengan semua bangsa & agama.
48. ISLAM MEMBINA TAMADUN – Jika benar kemajuan yang B& bawa ini bertamadun, banyak isu moral telah dapat diselesaikan @ ada penurunan statistiknya setiap tahun, namun yang nyata bukan penurunan malah peningkatan, ini membuktikan B& gagal. Ketamadunan bukan bererti kemodenan semata-mata tetapi is selari dengan watak manusia yang dibentuk oleh pemerintah itu sendiri.
49. Jika anda berjiwa Islam, liminate, bunting, sms, cetak & sebar @ forward emel ini kepada semua secepat mungkin.
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment